Usaha dan Harapan
Salam pada semua pembaca.
Sudah agak lama saya tak bercerita atau “sharing” kononnya sibuk berniaga. Walau apa alasan sekali pun, hari ini just nak “share” dunia perninagaan saya yang penuh dengan cabaran jiwa dan minda.
Kita tahu ramai yang mahu dan ada niat untuk berniaga, dengan bermacam-macam sebab yang sama tapi tidak serupa. Dunia perniagaan ini sering digambarkan dengan segala kemewahan dan keseronokan. Oleh itu ada yang cuba-cuba berniaga tapi tak pasti berniaga apa, akhirnya hentam sajalah…
Bayangan di minda sudah cukup merisaukan.. apakah aku akan berjaya.. atau aku akan karam ditengah lautan. Untuk bermula didalam perjalanan ini kita wajib kenal pasti kemampuan dan kepakaran kita. Tidak kisahlah apa yang nak kita niagakan, asalkan ianya selari dengan minat atau kemampuan kita pada awalnya. Minat ini sering dikaitkan dengan pengalaman atau apa yang kita tahu. Namun yang akan datang jangan difikirkan sangat, sebab itu bukan kerja kita. So, yang nak berniaga buat lah apa yang nak buat. Jangan langar tiang sudah. Kena bijaksana.
“jangan main hetam sajalah….. si labu labi”- akhirnya entah kemana.
Yang ada minat sekali pun, sering tertanya-tanya bagaimana nak bermula…
Modal taka adala, syarikat tak adala, dan macam-macam yang tak ada. Almaklumlah bukan orang senang atau anak orang kaya. Anak orang kaya pun tak semestinya mudah berjaya. Cuma yang beruntungnya orang-orang seperti ini, mereka sudah ada asas atau “infrastructure” untuk berniaga.
Beniaga pulak sering kita cari “Partner” yang sehati sejiwa….. kononnya. Bila hasrat itu sama, maka kita rasa sehati dan sejiwalah kita. Jarang sangat kita dengar cerita orang berniaga yang ber “Partner” berjaya gila-gila. Kalau berjaya pun, selalunya ada cerita sebaliknya. Yang seorang lagi macam orang sakit jiwa, kena tipulah, kena mainlah, bermacam-macam kena. Hutang keliling pinggang la, credit card la, itu la, ini la macam-macam hal. Itu semua kerana diri sendiri yang BODOH.
Takut nak jawab talipon tukar no… mudah cerita. Bila si pemberi hutang dapat no baru kita, tukar pulak service provider…….. Macam-macam dunia berniaga ni. Nak ketawa pun ada – geli hati.. tapi itulah realitinya.
Yang tak nak bayar hutang pula mereka kata “Money Management”, “Prioritization”. “Business focus” dan macam-macam lagu putar alam yang mereka main. Hakikatnya hutang tetap hutang.
Kita tahu, setiap bangsa dan agama mempunyai falsafah perniagaan masing-masing. So, falsafah mana yang kita perlu guna pakai kalau mahu berjaya ?.
FIKIRLAH SENDIRI……
Wassalm dari ARAR


