. . Laman Botani | Kebun Botani

Kebun Botani

Alhamdulillah, kami telah berjaya memulakan projek “Kebun Botani” kami bertempat di Belukar Bukit, Ajil, Hulu Terengganu. Sebagai permulaan, kami telah menanam lebih dari 1000 anak benih pisang. Nampaknya ia tumbuh dengan baik. Kami juga telah menanam lebih dari 4 pikul benih lengkuas untuk dijadikan bahan ‘natural medicines’. Di samping itu, kami juga telah mula menanam benih-benih wangi, serai makan dan beberapa jenis herbal lain.

Apa yang kami lakukan ini, menarik minat sebahagian dari penduduk tempatan yang kehairanan melihat cara kami berkebun. Apa tidaknya, kami menanam anak-anak pisang dalam barisan yang tersusun rapi. Malah kami ukur dengan teliti sebelum kami meletakkan anak benih ke bumi. Perkara seumpama ini telah pernah dilakukan oleh para petani kita sejak berzaman. Kami juga telah memasang pagar yang agak kukuh dan baik dari jenis ‘chainlink’. Bagi masyarakat kampung, tanaman mereka tidak pernah dipagar sedemikian rupa. Mereka berpagar secara ala kadar sahaja.

Untuk memulakan sesuatu yang baru tentunya ada cabaran. Alhamdulillah para pekerja saya dapat memahami dan menerima karenah masyarakat sekitar yang kurang terdedah selama ini. Kami perlu mendidik mereka agar mereka tidak menceroboh atau memasuki kawasan kami secara bebas seperti yang mereka amalkan selama ini. Ini merupakan satu cabaran awal yang mesti kami hadapi dan tangani dengan bijaksana.

Sekatat ini, kami tidak mendapat sumbangan atau grant dari mana-mana pihak. Maklumlah projek baru. Semua pihak mahu melihat buktinya dulu. Kami pun fikir begitu juga. Kami tidak salahkan mereka. Oleh itu, apabila anak pokok pisang dah mula membesar, kami bercadang untuk bekerjasama dengan badan-badan kerajaan seperti jabatan pertanian, mardi, fama dan lain-lain. Buat masa ini, semua perbelanjaan terpaksalah kami keluarkan dari modal syarikat sendiri.

Kami telah memulakan langkah untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak “Natural Medicinal Product Center” UIA Kuantan. Alhamdulillah nampaknya idea kami dapat mereka terima, dan insya Allah akan dipanjangkan lagi dengan pengurusan tertinggi UIA agar sesuatu langkah konkrit akan dapat diambil untuk kebaikan bersama.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Thank you for reading this post. You can now Leave A Comment (0) or Leave A Trackback.

Post Info

This entry was posted on Wednesday, December 5th, 2007 and is filed under Uncategorized.

You can follow any responses to this entry through the Comments Feed. You can Leave A Comment, or A Trackback.



Previous Post: Secret of Success »
Next Post: Botani Lodge »

Read More

Related Reading:

    No related posts


Leave a Reply

Note: Any comments are permitted only because the site owner is letting you post, and any comments will be removed for any reason at the absolute discretion of the site owner.